Nor Azam idam aksi Piala AFF

October 23, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih tidak akan mempersiakan peluang apabila dipanggil menyertai skuad kebangsaan menjelang persiapan ke Piala AFF bermula bulan hadapan.

Justeru, pemain kelahiran FELDA Jengka 21, Maran itu akan mempamerkan prestasi terbaik pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 3 November ini.

“Sudah pasti saya gembira apabila dipanggil untuk bersama rakan lain sebagai persediaan skuad negara menghadapi saingan Piala AFF nanti.  Setakat ini, prestasi saya berada tahap terbaik kerana masih menjalani latihan bersama skuad Pahang dan pada masa sama, sudah pulih daripada kecederaan kanan.

“Saya akan menjadikan perlawanan dengan Maldives untuk membuktikan kepada jurulatih (Tan Cheng Hoe) walaupun mengakui saingan sengit daripada rakan lain di posisi tengah,” katanya.  Semalam, Cheng Hoe menyenaraikan Nor Azam Azih antara 26 pemain yang akan melaporkan diri bersama skuad negara bermula esok.

Selain Nor Azam, seorang lagi pemain Pahang yang juga pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh turut disenaraikan kecuali Matthew Davies yang terpaksa diketepikan akibat kecederaan lutut.

Sebelum ini, Pahang tidak melepaskan Nor Azam dan Davies untuk menyertai skuad bawah 23 tahun negara bagi kempen Sukan Asia Jakarta-Palembang kerana khidmat mereka diperlukan skuad Tok Gajah bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M).

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…