Norshahrul dan Sumareh terus cemerlang bantu Harimau Malaya

November 25, 2018

Dua pemain Pahang yang kini beraksi bersama skuad Harimau Malaya dalam Kejohanan Piala Suzuki AFF 2018, Norshahrul Idlan Talha dan Mohamadou Sumareh terus mempamerkan aksi cemerlang apabila membantu Malaysia menewaskan Myanmar 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil seterusnya layak ke separuh akhir malam tadi.

Kedua-dua pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama oleh Tan Cheng Hoe menceriakan 83,000 penyokong tuan rumah apabila gerakan mereka berdua berjaya menghasilkan jaringan pertama Malaysia pada minit ke 26 setelah sepakan cantik Mohamadou Sumareh yang terkena palang jatuh di hadapan Norshahrul atau Mat Yo yang kemudiannya tenang menolak bola masuk ke gawang.

Foto : FAM

Mohamadou Sumareh kemudiannya sekali lagi menjadi watak penting apabila hantaran beliau kepada Safawi Rashid berakhir dengan Safawi dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan Myanmar dan pengadil perlawanan tidak teragak-agak memberikan sepakan penalti yang disudahkan oleh ketua pasukan Zaquan Adha Abdul Razak.

Pada minit ke 66, Sumareh sepatutunya boleh menjaringkan gol pertama beliau dalam kejohanan ini namun rembatan dihadapan gol lawan berjaya dinafikan penjaga gol Maynmar yang sebelum itu menepis keluar percubaan daripada Sameer Kutty.

Walaubagaimanapun kedua-dua pemain tidak beraksi sehingga tamat perlawanan apabila Tan Cheng Hoe menggantikan Norshahrul dengan Shahrael Fikri pada minit ke 62 manakala Sumareh digantikan Akhyar Rashid pada minit ke 78.

Foto : FAM

Lawan Malaysia untuk separuh akhir akan diketahui pada malam ini apabila dua perlawanan kumpulan B akan berlangsung diantara Thailand menentang Singapura dan juga Filipina menentang Indonesia.

Diantara 4 pasukan yang beraksi, hanya Indonesia sudah tersingkir manakala 3 pasukan lagi masih berpeluang untuk layak ke separuh akhir yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember dan 5 Disember ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…