Ong Kim Swee muktamadkan 23 pemain, Kogileswaren digugurkan

March 21, 2019

Ketua Jurulatih Skuad B-22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee sebentar tadi mengumumkan 23 pemain yang akan menyahut cabaran negara dalam kelayakan Piala AFC B-22 tahun yang akan berlangsung di Shah Alam bermula esok.

Kesebelasan utama skuad Malaysia B-22 semasa menentang Australia B-22 pada Ahad. Foto : FAM

Penyerang Pahang, R Kogileswaren antara 4 pemain yang digugurkan oleh Kim Swee setelah masih lagi mengalami kecederaan yang dialaminya ketika menyertai Kejohanan AFF B-23 tahun di Kemboja pada bulan Februari.

3 lagi pemain yang digugurkan ialah Nazirul Afif Ibrahim dari Perak, Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC) dan Ariusdius Jais (Sabah).

Walaubagaimanapun, dua lagi pemain Pahang iaitu R Dinesh dan Faisal Halim yang cemerlang membantu skuad B-22 mengikat Australia B-22 pada Ahad dikekalkan.


Aksi Faisal Halim yang memikat Datuk Ong Kim Swee untuk terus mengibar cabaran negara. Foto : FAM

Skuad Malaysia B-22 tahun MAlaysia akana memulakan kempen kelayakan menentang pasukan Filipina B-22 pada hari Jumaat ini(22 Mac) dan kemudian dua lagi perlawanan iaitu Laos pada Ahad (24 Mac) dan pasukan pilihan China pada Selasa (26 Mac).

Hanya juara kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada bulan Januari 2020 di Thailand manakala hanya 4 pasukan yang terbaik sebagai naib juara kumpulan akan mengcukupkan kuota 16 pasukan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN