Pahang belasah Pulau Pinang di Darulmakmur

February 18, 2017

Pahang mengubati kekecewaaan sebelum ini setelah kalah dengan Kedah untuk menang bergaya menewaskan pasukan tercorot liga Pulau Pinang 6-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darulmakmur malam ini.

Dua gol dari ‘The Silent Killer’ Ashaari Shamsuddin dan masing-masing satu dari Sumareh, Alves dan Zaharulnizam sudah cukup memberi senyuman kepada hampir 10.000 penyokong yang memenuhi stadium.

Dollah Salleh memilih untuk merehatkan Bright Dike dan Fransisco Insa yang masih cedera dengan menggantikan Norazam bergandingan dengan Syamim manakala Ashaari menjadi gandingan Alves.

PHGPNG2

Pahang mendapat gol pendahuluan melalui Sumareh pada minit ke 16 yang mudah menampan bola dihadapan gol Pulau Pinang setelah menerima umpanan dari Alves dari kanan gol.

Selepas itu, Wan Zaharulnizam melebarkan kedudukan pada minit ke 24 yang melakukan rembatan kencang dari luar kotak penalti bagi menewaskan Sani Anuar Kamsani.

Namun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila pemain import Pulau Pinang, Nigel Dabinyaba merapatkan jurang kedudukan apabila menanduk masuk bola hasil dari hantaran lintang rakan dari sebelah kiri gol Pahang dan kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

PHGPNG3

Separuh masa kedua bersambung dengan kedua-dua pasukan mengasak ke kubu lawan masing-masing dan pemain gantian Joseph Kallang Tie merubah keputusan apabila menjaringkan gol ketiga Pahang pada minit ke 66 setelah melakukan rembatan rendah hasil dari hantaran Sumareh.

Matheus Alves kemudiannya menambah koleksi golnya di Liga Malaysia apabila menjaringkan gol kempat Pahang pada minit ke 73 melalui tandukan hasil sepakan percuma yang diambil oleh Zaharulnizam.

Pahang kemudiannya menamatkan malam itu dengan bergaya apabila menambah dua lagi gol melalui Ashaari Shamsuddin dalam masa dua minit iaitu pada minit ke 84 dan 86 untuk terus mebiarkan Pulau Pinang menghuni tangga tercorot liga.

 

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS10)
Super League
Perak Stadium, IPOH

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN