Pahang belum boleh goyang kaki – Dollah

August 9, 2019

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh tidak mahu anak buahnya berasa selesa selepas mengutip enam mata daripada dua perlawanan peringkat kumpulan dalam saingan Piala Malaysia ketika ini.  

Sebaliknya, bekas pengendali Harimau Malaya itu mengharapkan aksi konsisten dipersembahkan skuad Tok Gajah dalam empat baki perlawanan selepas ini. 

“Enam mata bukan bermakna kita sudah boleh bergembira kerana perjalanan pasukan masih lagi jauh untuk menngisi tempat ke peringkat suku akhir.  

“Bagi saya, walaupun pasukan berjaya mengutip 10 mata sekalipun, ia belum menjamin tempat jika gagal beraksi dengan baik. 

“Oleh itu, fokus utama ialah untuk mengutip mata kesembilan apabila bertemu Sabah di Stadium Likas, pada 17 Ogos ini,” katanya.  

Mengulas kemenangan 3-0 ke atas Perak malam tadi, Dollah memuji disiplin ditunjukkan pemain yang berjaya mempertahankan gawang daripada dibolosi lawan.  

Katanya, segala-galanya dilihat menjadi seperti diterapkan dalam latihan, sekali gus merekodkan kemenangan bergaya.  

“Kemenangan ini juga menghilangkan tekanan dihadapi apabila bertemu Perak. Oleh itu, pujian harus diberikan kepada pemain yang berjaya memastikan tiga mata menjadi milik pasukan,” katanya. 

Pada perlawanan itu, tiga gol Pahang, masing-masing satu dijaringkan Herold Goulon pada minit ke-40, diikuti Saddil Ramdani (m-67) dan Lazarus Kaimbi (m-81).

Artikel Asal : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/08/594444/pahang-belum-boleh-goyang-kaki-dollah


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PMS1)
Malaysia Cup
Darulaman Stadium, ALOR SETAR

(PMS2)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN