Pahang benam Pulau Pinang 6-1

February 21, 2017

Oleh : Mohamad Shofi Mat Isa

KUANTAN 18 Feb. – Pahang berpesta gol apabila menewaskan Pulau Pinang 6-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Keputusan itu juga menyaksikan skuad Harimau Kumbang menempah kekalahan kali kelima berturut-turut.

Tuan rumah memperoleh gol pertama menerusi jaringan pemain dari Gambia, Mohamadou Sumareh pada minit ke-16.

Lapan minit selepas jaringan pembukaan itu, skuad Tok Gajah yang dibimbing jurulatih Dollah Salleh menambah jaringan menerusi rembatan cantik Wan Zaharulnizam.

Pada minit ke-31, Pulau Pinang dihadiahkan sepakan percuma tidak jauh daripada kawasan kotak penalti Tok Gajah yang diambil oleh Diogo Alexandre Alves Ferreira.

Bola sepakan percuma Alves Ferreira itu singgah di kepala Reinaldo Lobo yang melakukan tandukan ke penjuru kanan gawang tuan rumah sebelum ditanduk Nigel Dabingyaba yang tidak dikawal untuk Pulau Pinang merapatkan kedudukan 2-1.

Pada minit ke-61, Dollah mengeluarkan Ahmad Syamim Yahya yang mengalami kecederaan dan menggantikan pemain itu dengan Joseph Kalang Tie.

Kalang Tie membalas kepercayaan yang diberikan Dollah apabila menjaringkan gol ketiga Tok Gajah pada minit ke-66 menerusi sentuhan pertamanya selepas menerima hantaran cantik daripada Sumareh.

Alves menambah derita skuad Harimau Kumbang apabila menanduk masuk bola sepakan percuma Ashaari Samsudin pada minit ke-72 untuk gol keempat Tok Gajah.

Ashaari menambah dua lagi jaringan Pahang pada minit ke-84 dan ke-86 yang melengkapkan malam cemerlang skuad Tok Gajah.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN