Pahang bernasib baik: Dollah

February 5, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengaku skuadnya bernasib baik daripada diaibkan Perak selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, keputusan seri itu melegakannya kerana skuad itu tidak beraksi dengan baik dan hampir dikecewakan lawan.

Katanya, segalanya serba tidak menjadi terutama di bahagian serangan dan tengah yang gagal membantu memperkasakan skuad Tok Gajah, sekali gus meraih tiga mata di laman sendiri.

“Saya akui jentera serangan dan tengah kurang menyerlah hingga memberi kesan terhadap corak permainan Pahang kerana terlalu bergantung kepada Mohamadou Sumareh.

“Saya memang mengharapkan Nor Azam Azih dan Chan Vathanaka untuk membantu jentera serangan tetapi mereka gagal beraksi dengan baik dan terpaksa dikeluarkan pada babak kedua.

“Kami bernasib baik kerana Perak gagal menembusi gawang untuk memastikan skuad Tok Gajah meraih sekurang-kurangnya satu mata,” katanya.

Mengulas keputusan memasukkan penyerang Argentina, Sergio Unrein pada babak kedua, Dollah berkata, pemain itu belum mencapai tahap kecergasan yang diinginkan.

Katanya, sepanjang tempoh 25 minit permainan, Unrein masih lagi gagal membentuk keserasian dengan rakan sepasukan.

“Begitu juga pemain pertahanan, Alex Gomes yang belum mencapai tahap kecergasan kerana baru bersama Pahang dalam tempoh seminggu.

“Bagaimanapun, saya percaya semua pemain akan dapat beraksi dengan lebih baik pada perlawanan kedua nanti terutama memperbaiki segala kelemahan yang ada,” katanya.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…