Pahang catat keputusan positif di Bangkok

January 10, 2018

Skuad Liga Super Pahang mengakhiri siri lawatan pra musim 2018 di Bangkok dengan keputusan yang positif setelah mencatat dua kemenangan dan satu kekalahan dalam 3 perlawanan persahabatan yang diaturkan.

Siri lawatan yang bermula  4 Januari sehngga 10 Januari ini tidak disertai oleh tiga pemain iaitu ketua pasukan Matthew Davies, pemain tengah Norazam Azih dan penyerang R Kogileswaren yang kini berada di China untuk beraksi mewakili negara dalam Kejohanan AFC Bawah 23 tahun yang akan bermula pada hari ini.

Dalam 3 perlawanan persahabatan ini juga, pihak kejurulatihan sempat menguji dua pemain import iaitu bekas pemain Kuantan FA, Ljuba Baranin serta seorang pemain import yang berasal dari Sweden, Philip Hellquist yang bermain di posisi penyerang.

Perlawanan pertama pada hari Jumaat, menentang Muangthong United B yang berlangsung di Pusat Latihan Muangthong United, Pahang mencatat kemenangan 3-1 dengan gol-gol dijaringkan oleh Bunyamin Umar, Mohamadou Sumareh dan juga pemain yang baru dinaikkan pangkat dari skuad Piala Presiden Zuhair Aizat.

Seterusnya dua hari kemudian, Pahang meneruskan momentum kemenangan dengan membelasah pasukan dari Liga Utama Thailand Air Force Central dengan keputusan 4-1 hasil dua jaringan Safuan Baharuddin dan masing-masing satu gol dari Hellquist dan pemain Piala Presiden, Shah Amirul.

Walaubagaimanapun, Pahang tewas tipis dalam perlawanan terakhir menentang pasukan dari Liga Klasik Korea , Gyeongnam FC pada hari Selasa dengan keputusan 0-1 dalam perlawanan yang berlangsung dalam padang becak setelah hujan lebat melanda Bangkok sebelum itu.

Apapun begitu, pemain yang menyertai pada perlawanan pra musim ini telah menunjukkan komitmen dan fokus yang  penuh bagi mencari persefahaman dan kecergasan bagi mengharungi musim 2018 yang akan bermula pada bulan Februari nanti.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…