Pahang catat keputusan positif di Kota Singa

January 13, 2017

Skuad Liga Super Pahang berlepas ke Singapura pada 10 Januari lepas untuk mengikuti 2 siri perlawanan pra musim menentang pasukan dari liga utama negara itu.

Ketua jurulatih, Dollah Dalleh membawa kesemua pemain termasuk tiga pemain import yang masih dalam ujian iaitu Julious Oiboh dari Nigeria, Fransisco Insa Bohigues (Sepanyol) dan Heo Jae-Won (Korea Selatan).

Perlawanan pertama diadakan pada hari yang sama mereka tiba di Singapura iaitu menentang Naib Juara Liga Singapura, Tempines Rovers di Pusat Sukan Dan Rekreasi Jurong pada jam 7.30 malam.

IMG 20170112 WA0015

Walaupun pasukan lawan menurunkan beberapa pemain kebangsaan Singapura dalam skuad mereka, Pahang tidak menghadapi masalah untuk menang dengan selesa 4-1 dengan Julious menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tersebut.

2 lagi gol dijaringkan oleh seorang lagi pemain import Mohamadou Sumareh dan ‘silent killer’ Ashaari Shamsuddin.

Perlawanan kedua diadakan selang  sehari kemudian iaitu pada hari Khamis, 12 Januari menentang Hougang United yang menduduki tempat kelima liga pada musim 2016.

Ternyata gandingan Julious-Sumareh patut digeruni pada musim ini apabila sekali lagi mereka masing-masing meledak satu gol untuk Pahang menang menewaskan Hougang United dengan keputusan 3-1.

Manakala satu lagi pemain import Fransisco Insa Bohigues seperti tidak mahu ketinggalan untuk membuka akaun gol bersama Pahang dengan menjaringkan gol ketiga pada minit ke 46.

Keputusan ini nyata melegakan Dollah Salleh yang hanya mencatat satu kemenangan dalam beberapa siri perlawanan pramusim sebelum ini termasuk rekod tanpa kemenangan semasa di Thailand.

IMG 20170110 WA0143

IMG 20170112 WA0089


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH