Pahang cemas di Pasir Gudang

February 15, 2017

Pahang menarik nafas lega apabila dua gol di masa tambahan di Pasir Gudang berjaya mengesahkan kemaraan mereka ke peringkat seterusnya dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang JDT II malam semalam.

Tok Gajah pada mulanya ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama sebelum aksi kebangkitan ditunjukkan pada separuh masa kedua untuk mengikat JDT II dalam masa sebenar perlawanan.

Walau tewas dengan keputusan 1-4 di Alor Setar, Dollah Salleh tetap membariskan barisan yang sama untuk perlawanan ini dengan Kiko yang tidak cergas digantikan dengan Norazam Azih kerana tidak mahu mengambil risiko tersingkir awal pada musim ini.

9

JDT II yang dibimbing Hamzani Omar bagaimanapun berada di depan lebih awal melalui penyerang muda berusia 17 tahun Hadi Fayyan yang memanfaatkan suasana kelam kabut di hadapan gol Pahang untuk menewaskan Azraie pada minit ke 35′.

3 minit kemudian, Hadi melebarkan jurang gol apabila menyempurnakan hantaran Ramzi Haziq selepas meloloskan diri dari kawalan Jaewon dan sekali lagi menewaskan Azraie untuk membawa JDT II mendahului 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Sumareh mengurangkan defisit gol beberapa saat selepas sepak mula setelah menyambut tampanan penjaga gol JDT II, Sommerville hasil rembatan dari Dike sebelum itu.

18

Sumareh sekali lagi melegakan kem Pahang apabila menjaringkan gol penyamaan hasil hantaran Norazam yang berpunca dari lontaran ke dalam Ketua Pasukan, Matthew Davies pada minit ke 67 dan kedudukan kekal sehingga tamat masa sebenar.

Pahang yang tidak mahu tersingkir awal rancak menyerang dan hasilnya mereka berjaya menambah gol pada minit ke 105 melalui tandukan Alves setelah menerima hantaran lintang dari Jaewon.

JDT II yang tidak mahu mengalah cuba menggandakan asakan tetapi sebaliknya Pahang yang menambah jaringan melalui sentuhan pertama pemain gantian Salomon Raj yang menyempurnakan hantaran cutback Alves untuk menjadikan keputusan muktamad JDT II 2 Pahang 4.

15

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features