Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

May 6, 2018

Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain importnya, Sandro berjaya menyelamatkan Kedah sebanyak dua kali dalam saingan Unifi Liga Super Malaysia di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Kembalinya ketua pasukan Pahang, Matthew Davies yang cedera sebelum ini serta pemain tengah Safuwan Baharuddin yang digantung perlawanan akibat mengutip 3 kad kuning dilihat dapat memperkuatkan lagi Pahang apabila Dolah Salleh kembali menyenaraikan mereka dalam kesebelasan utama.

Wan Zaharulnizam pula sekali lagi diberi kepercayaan untuk bergandingan dengan penyerang prolifik Patrick Cruz di bahagian serangan setelah melakukannya ketika kemenangan menentang Terengganu FC sebelum ini.

Kedah yang bermain hantaran pendek mendominasi perlawanan pada 10 minit pertama tetapi gagal mencari gol sebaliknya Pahang terlebih dahulu mendahului hasil gerakan cantik antara Chan Vathanaka dan Wan Zaharulnizam menyebabkan pertahanan import Kedah Alvaro tertampan bola ke gawang sendiri menewaskan Ifwat Akmal.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak lama apabila 8 minit berselang Sandro berjaya menyamakan kedudukan setelah menyambar bola muntah dari Helmi Eliza hasil percubaan jarak dekat Baddrol Bakhtiar sebelum itu untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Pahang kemudiannya tersentak seketika apabila pemain pertahanan, Afif Amiruddin cedera sehingga terpaksa dikeluarkan untuk digantikan dengan Bunyamin Umar pada minit ke 28.

Stadium Darul Makmur kembali gamat pada minit ke 39 setelah Safuwan melakukan sepakan separuh voli berpunca dari hantaran lintang Matthew Davies yang gagal dikeluarkan pertahana Pahang untuk menjadikan kedudukan 2-1 sehingga permainan berhenti rehat.

Separuh masa kedua permainan bertambah rancak dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan Kedah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 47′ setelah sekali lagi Sandro pantas menyambar bola muntah sepakan percuma Liridon walaupun Syazwan Zainon sebelum itu mencuba tetapi gagal.

Pahang yang memburu kemenangan terus melakukan serangan bertali arus untuk mencari gol kemenangan dengan Kedah sekali sekala melakukan serangan balas termasuk memasukkan Faisal Halim di minit ke 66′ tetapi keputusan kekal sehingga wisel permainan ditiupkan oleh pengadil perlawanan Razlan Joffri.

Keputusan ini membuatkan Johor DT selesa berada di puncak liga meninggalkan Pahang di tempat kedua dengan perbezaan 6 mata setelah menewaskan Negeri Sembilan di Larkin tetapi kedudukan Pahang masih belum selamat kerana Perak mampu meminta andai berjaya menewaskan Terengganu FC pada malam ini.

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…