Prebiu Perlawanan Pahang FA vs Johor Darul Ta’zim

February 13, 2014

Pahang – Johor Darul Takzim Preview: Pertembungan semua dua pasukan 

Pertemuan pelawanan di antara Pahang dan Johor menarik perhatian untuk diperkatakan, peminat berharap pertembungan Jumaat ini antara kedua-dua pasukan akan menghasilkan pertemuan yang tidak dapat dilupakan.

 
Dalam pertembungan tahun lalu, Pahang yang bangkit dari ketinggalan defisit dua gol membuat kejutan dengan kemenangan 3-2,hasil jaringan Roslan , Surendran dan Gopinathan . Namun dalam tahun yang sama Johor dapat membalas kembali dendam terhadap TokGajah, sehingga Pahang singkir dari persaingan separuh akhir Piala Malaysia berdasarkan perbezaan gol di tempat lawan . Dengan sejarah pertemuan balas membalas kemenangan, pertembungan antara kedua-dua pasukan kali ini dijangka menjadi satu pertembungan yang tidak dapat dilupakan.

Pasukan tuan rumah kini berada dalam prestasi  terbaik selepas kemenangan menentang  LionsXII, di Jalan Besar, pada Sabtu lepas . Kemenangan ini amat diperlukan, kerana sebelum ini mereka mempamerkan prestasi hambar dalam liga, yang menyaksikan mereka tewas dengan jaringan 1-0 berturut –turut kepada Sime Darby dan Selangor. Walaupun Liga Super Malaysia hanya baru bermain dengan tiga perlawanan , Pasukan TokGajah tidak mampu lagi kehilangan mata jika mereka mahu mencabar gelaran juara liga.

Azidan Sarudin antara pemain yang paling menonjol dalam pasukan Pahang musim ini, dan beliau adalah penjaring gol kemenangan pada pertembungan dengan LionsXII itu. Dia akan mengambil tugas besar untuk  menyekat kelincahan pemain dari Argentina, Pablo Aimar dalam perlawanan ini, sejauh mana keberkesanan beliau mengalas tugas ini pasti akan memberi impak yang besar dalam pasukan.

Pahang, pada peringkat permulaan musim, kelihatan kebuntuan gol namun dengan kembalinya pemain sayap R. Surendren dan penyerang import Dickson Nwakaeme diharap dapat meningkatkanmutu serangan kerana  mereka setakat ini hanya menjaringkan satu gol dalam tiga perlawanan liga. Walau bagaimanapun pengurus Ron Smith perlu bersabar untuk mendapatkan kembali khidmat kedua-dua pemain tersebut gara gara baru sembuh dari masalah kecederaan dan perlu menilai prestasi pasukan semasa ketiadaan mereka.
Bagi Johor , suatu permulaan yang penuh berliku untuk musim ini. Mereka pada awal dijangka dapat mengetepikan semua pasukan selepas berbelanja besar mendapatkan pemain pada musim perpindahan, tetapi setakat ini mereka telah mengalami kekalahan tepis pada pasukan T -Team dan  tewas kepada LionXII walaupun telah mendahului dua gol pada separuh masa di halaman lawan.

Untuk Harimau Selatan, barisan penyerang mereka tidak menjadi satu isu besar, dengan Aimar , Nurul Azwan Roya , Amri Yahyah , Safiq Rahim dan Luciano Figueroa dapat beraksi baik pada awal permulaan musim. Kebimbangan kini tertumpu kepada barisan pertahanan yang  beraksi longlai walaupun dibarisi pemain antarabangsa,  dengan mutu aksi goyah dalam perlawanan baru-baru ini , terutama Baihakki Khaizan dan Aidil Zafuan.

Dengan begitu ramai pemain berbakat di atas padang, harapan peristiwa-peristiwa luar padang  tidak menganggu perlawanan dan sepatutnya menjadi satu perlawanan yang menarik . Pahang yang menjadi tuan rumah dalam aksi separuh akhir Piala FA antara kedua-dua pasukan tahun lepas terpaksa ditangguhkan selepas 40,000 peminat membanjir stadium Darul Makmur yang hanya boleh memuatkan 35,000 orang saja. Walaupun berita tentang penangguhan pelawanan  Piala FA menentang, Johor telah disiarkan. Tetapi perkara ini terus disebut sehingga perlawanan pusingan ke dua menentang T –Team. 

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN