Pahang fokus aksi separuh akhir Piala FA

June 6, 2019

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Selepas diberikan cuti selama lima hari sempena Aidilfitri, skuad Pahang kembali menjalani latihan esok bagi memberi fokus kepada aksi separuh akhir Piala FA selain baki saingan Liga Super musim ini.

Selaku juara bertahan Piala FA, skuad kendalian Dollah Salleh perlu tampil dengan aksi lebih bertenaga bagi merebut trofi yang ditawarkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini itu.

Pemain pertahanan skuad Tok Gajah, Mohd Faisal Rosli berkata, semua pemain ingin memastikan prestasi terbaik dipersembahkan selepas rehat sempena cuti perayaan.

“Biarpun kami sedar Perak juga mahu memburu slot final piala berprestij itu, kejayaan mara pada tahap ini (separuh akhir) perlu diteruskan sehingga ke pentas final dan mengekalkan kejuaraan musim lalu.

 “Saya percaya dengan kesungguhan semua pemain, terutama percaturan jurulatih (Dollah) dapat membantu melengkapkan misi itu,” kata pemain berusia 28 tahun itu.

Dalam pada itu, Mohd Faisal atau lebih dikenali dengan gelaran Tocang berkata, baki saingan Liga Super juga diberi keutamaan untuk meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik dalam musim ini.

Katanya, biarpun berada di tangga kedua liga, fokus utama skuad itu ialah untuk menamatkan baki lapan perlawanan dengan kemenangan.

“Kami akan berusaha melakukan yang terbaik dan kehadiran ‘ahli baru’ (Lazarus Kaimbi) mampu memperkuatkan jentera serangan.

“Saya percaya gandingan Kaimbi dan Dickson Nwakaeme dapat memberi ancaman kepada pasukan lawan apabila liga bersambung nanti,” katanya.

Artikel Asal : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/06/571769/pahang-fokus-aksi-separuh-akhir-piala-fa


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN