Pahang gah benam Selangor

February 24, 2018

Dua gol oleh Forkey Doe kepada dan satu gol penampilan dari Patrick Cruz sudah memadai untuk Pahang membawa balik 3 mata penuh dalam saingan unifi Liga Super di Stadium KLFA, Cheras sebentar tadi

Dollah Salleh melakukan sedikit pertukaran dengan memasukkan pemain import yang baru ditandatangani Patrick Cruz untuk bergandingan dengan Forkey Doe manakala Muslim bergandingan dengan Afif setelah Alex Moraes digugurkan.

Pahang lebih banyak menyerang sebaik sahaja wisel permulaan ditiup oleh pengadil perlawanan dan berjaya mendahului melalui Cruz pada seawal minit ke 6 setelah Cruz menampan bola dari hantaran Sumareh  untuk Pahang mendahului lawan 1-0.

Selangor bagaimanapun menyamakan kedudukan melalui penyerangnya Rufino yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke 37’ setelah Muslim disalahkan pengadil kerana menjatuhkan Amri di dalam kotak penalti.

Bersambung babak kedua, Pahang sekali lagi mendahului melalui Forkey Doe yang bijak memperdayakan pertahanan Selangor seterusnya merembat rendah menewaskan Khairul Azhan.

Forkey Doe menambah gol kedua peribadinya pada minit ke 70’ apabila tidak sia-sia menyempurnakan sepakan penalti setelah pertahanan Selangor, Wiliam menahan bola di dalam kotak penalti.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan dengan Pahang mencatat kemenangan kedua berturut-turut manakala Selangor kalah dalam dua perlawanan berturut-turut.


 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features