Pahang ikrar bebas rasuah

June 21, 2017

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menyatakan komitmen mereka dalam perang terhadap rasuah terutama dalam bolasepak apabila kesemua pemain, pegawai malah pihak pengurusan melafazkan ikrar untuk bebas rasuah dalam Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan Iftar Persatuan Bolasepak Negeri Pahang – SPRM yang dijalankan di Hotel Shahzan Inn petang semalam.

Majlis yang dirasmikan oleh Presiden PBNP YAM Tengku Muda Pahang; Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Hj Ahmad Shah juga dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM; Y. Bhg Dato Dzulkifli bin Ahmad, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Y. Bhg Dato Hj Azam bin Baki, Pengarah SPRM Pahang; Y.Bhg Dato Tan Kang Sai serta pegawai-pegawai kanan SPRM Ibupejabat dan Negeri Pahang.

bebas sprm

Turut hadir ialah Timbalan Presiden PBNP; YB. Dato Sri Muhammad Safian bin Hj Ismail, Naib-naib Presiden PBNP, Ahli-ahli Majlis PBNP, Presiden persatuan daerah-daerah dan juga pegawai serta pemain pasukan Liga Super Pahang, pasukan Piala Presiden dan juga pasukan Piala Belia Pahang.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…