Pahang intai final Piala FA

April 22, 2018

Oleh : Asrol Awang

KUANTAN: Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang optimis skuad kendalian Dollah Salleh mampu mengulangi pencapaian mara ke final Piala FA musim lalu selepas membenam pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 3-0 di suku akhir, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, Suffian menegaskan pemain perlu mengekalkan komitmen dan semangat tidak mengenal erti putus asa biarpun berdepan pelbagai masalah terutama kecederaan seperti yang diperagakan ketika membaham Harimau Selatan di laman keramat mereka.

Katanya, apa yang lebih penting skuad Tok Gajah dan tidak memandang rendah kemampuan PKNP FC yang akan ditemui di separuh akhir, 23 Jun nanti.

“Saya berterima kasih kepada semua pemain yang dapat melalui 90 minit perlawanan di Larkin dengan mempamerkan corak permainan yang mantap dan bertenaga.

“Kejayaan ini membuktikan mereka mampu melakar kemenangan jika dapat beraksi dengan baik dan pada masa sama mengikut percaturan jurulatih.

“Sebenarnya, tiada yang mustahil untuk mencatat kemenangan dan saya percaya kejayaan ini pasti menjadi tonik terbaik menghadapi separuh akhir menentang PKNP sekali gus mengulangi pencapaian mara ke final musim lalu,” katanya.

Pada aksi suku akhir kedua Jumaat lalu, hatrik Patrick Cruz memastikan Pahang melangkah ke separuh akhir dan kemenangan itu juga melebur rekod tanpa kalah Harimau Selatan di laman sendiri sejak 2014.

PKNP pula mara selepas menewaskan pendahulu Liga Perdana, FELDA United FC 2-1 di Stadium Tun Razak, Jengka, untuk mengikat agregat 2-2 sekali gus layak berdasarkan jaringan di gelanggang lawan.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…