Pahang jadi tuan rumah LFK 2017

March 7, 2017

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memilih Pahang sebagai destinasi seterusnya bagi 4 sirkit saingan Liga Futsal Kebangsaan 2017 (LFK2017) termasuk pusingan akhir yang bakal dilangsungkan Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Kuantan.

Dibahagikan kepada dua kategori iaitu Lelaki dan Wanita, LFK2017 sehingga kini telah selesai dua sirkit yang dilangsungkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim pada bulan Februari lepas.

Untuk kategori lelaki, Melaka United gah di takhta liga dengan 15 mata setelah memperolehi kemenangan untuk semua perlawanan sambil diekori oleh Pahang dan KL Felda United dengan 12 mata namun Pahang berkelebihan setelah mengumpul lebih perbezaan jaringan.

Bagi kategori wanita, KL Felda United yang dibarisi ramai pemain kebangsaan seperti tiada tandingan apabila berada ditangga teratas denagn 12 mata setelah menang kesemua perlawanan manakala Perak dan KL Ally Group mengekori dengan 9 mata.

Carta S3

Berikut adalah jadual bagi kategori lelaki dan wanita untuk sirkit 4 yang akan berlangsung pada 11 & 12 Mac ini :

Jadual S4

sumber grafik : Persatuan Bolasepak Malaysia

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…