Pahang jinakkan Melaka United di Hang Jebat

February 25, 2017

Pahang meneruskan rentak kemenangan untuk kali ketiga berturut-turut apabila menjinakkan Melaka United 3-1 di Stadium Hang Jebat untuk terus kekal di tempat kedua carta Liga Super sebentar tadi.

Tidak menurunkan Zaharulnizam yang cedera pada saat akhir, Dollah Salleh menurunkan Joseph Kallang Tie untuk menggantikan beliau manakala pemain lain kekal seperti menang ke atas Pulau Pinang Sabtu lepas.

PHGMLK1

Perlawanan yang seimbang antara kedua-dua pasukan ditunjukkan sebaik sahaja wisel permulaan di tiupkan oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin.

Pahang bagaimanapun mendahului pasukan tuan rumah pada minit ke 21 melalui Joseph Kallang Tie yang melakukan rembatan cantik setelah menerima umpanan Ashaari untuk menggamatkan seketika penyokong pelawat yang membanjiri Hang Jebat.

Alves kemudiannya menambah gol kedua Pahang beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan setelah menanduk tipis hantaran Matthew yang melihat kedudukan Alves didalam kotak penalti yang tidak dikawal.

Pahang kemudiannya melebarkan jurang gol hasil dari jaringan Sumareh pada minit ke 56 yang tenang menewaskan Fazli setelah menerima hantaran jauh dari Ashaari untuk menjadikan kedudukan 3-0.

MLKPHG2

Melaka United yang tersentak cuba mencari gol dan hasilnya mendapat gol saguhati dari pemain gantian Khuzaimi Piee pada minit ke 89′ yang menewaskan Hilmi yang baru masuk menggantikan Azraie yang cedera.

Kemenangan ini mengekalkan Pahang di tempat kedua di belakang Kedah yang menewaskan P.Pinang di Alor Setar.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS10)
Super League
Perak Stadium, IPOH

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN