Pahang ke slot 8 terakhir

March 11, 2017

Satu gol setiap babak sudah cukup memastikan Pahang menepati ramalan apabila melangkah ke suku akhir Piala FA menewaskan Melaka United dalam perlawanan penuh sengit di Stadium Darulmakmur sebentar tadi.

Tidak seperti perlawanan menentang JDT sebelum ini, Dollah Salleh melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan utama dengan menyenaraikan kembali Wan Zaharulnizam ddan Fransisco Insa dan memasukkan Christie Jayaseelan bagi menggantikan Joseph Kallang Tie.

Bermula garang, tuan rumah hampir mendahului pada minit ke 6 melalui Faisal Rosli tetapi beliau hanya merembat tinggi ketika penjaga gol Melaka United sudahpun tertewas.

003

Bagaimanapun, tidak lama kemudian pertahanan Pahang dari Korea Selatan, Jaewon memberi pasukan tuan rumah gol pertama pada minit ke 15 melalui sepakan penalti setelah bola terkena tangan pemain pertahanan lawan dan kedudukan kekal sehingga babak perlawanan.

Babak kedua bersambung dengan Melaka United mengatur serangan bertali arus untuk mencari gol pernyamaan dengan diketuai oleh Ketua Pasukan Amri Yahya dan penyerang dari Argentina Sergio Augrero namun pertahanan Pahang dan penjaga gol cemerlang bertahan.

002

Pemain gantian Norazam Azih akhirnya mematikan sisa-sisa perjuangan Melaka United apabila menjaringkan gol kedua Pahang hasil dari rembatan kencang dari luar kotak penalti setelah melakukan gerakan bersama Sumareh menewaskan Fazli Paat dan kedudukan kekal shingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan.

Undian untuk suku akhir bagi menentukan lawan seterusnya akan dijalankan pada pagi Ahad dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O di saluran TV9 dengan perlawanan dijadualkan berlangsung pada 31 & 1 April bagi suku akhir pertama dan 21 & 22 April bagi suku kahir kedua.

Undian FAC QF

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features