Pahang, Kedah kembali berentap

March 7, 2018

Bagai ulangan perlawanan akhir Piala FA pada musim lepas, Pahang dan Kedah sekali lagi akan berentap di saingan yang sama pada musim ini tetapi kali ini lebih awal iaitu di pusingan ke-3 setelah undian yang dijalankan petang semalam oleh FMLLP.

Dijalankan di Restoran The Bee Publika Mall, undian yang dijalankan bermula jam 3 petang juga dihadiri oleh CEO FMLLP, Kevin Ramalingan, wakil pasukan, para penaja dan juga media disiarkan secara langsung melalui secara strim di aplikasi Iflix.

Untuk perlawanan pusingan ke 3 ini, Stadium Darul Makmur akan menjadi gelanggang bagi perlawanan ini yang dijangka menjadi perlawanan tumpuan pada minggu tersebut.

Pahang layak ke pusingan ketiga setelah menewaskan ATM 2-1 di tempat sendiri manakala Kedah menang ke atas N.Sembilan dalam masa tambahan hasil jaringan Baddrol Bakhtiar di ALor Setar.

Perlawanan pusingan ke 3 Shopee Piala FA 2018 akan dijadualkan berlangsung pada 16, 17 dan 18 Mac 2018 sebelum liga berhenti rehat seketika untuk memberi laluan aksi pasukan kebangsaan.


 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features