Pahang ketiadaan dua tonggak

February 9, 2017

Kuantan: Pahang yang akan bertemu juara Piala Sumbangsih, Kedah di Stadium Darul Aman malam esok, bakal berdepan tugas getir selepas dua pemain utama skuad itu dilaporkan belum pulih daripada kecederaan.

Dua pemain berkenaan ialah Matthew Davies dan Kiko Insa yang masing-masing mengalami kecederaan paha dan buku lali hingga menjejaskan persiapan skuad itu untuk memberi tentangan kepada tuan rumah.

Jurulatih Pahang Dollah Salleh berkata, setakat ini, tahap kecederaan Davies yang juga kapten pasukan dan Insa belum pulih dan peluang untuk mereka beraksi masih 50-50 dalam memantapkan skuad itu.

“Sama ada dua pemain ini (Davies dan Insa) boleh dibawa ke Alor Setar hanya akan diketahui esok (hari ini).

“Sememangnya kami memerlukan mereka, tapi bergantung kepada laporan perubatan nanti,” katanya semalam.

Ditanya peluang mengutip mata di Alor Setar, Dollah yang juga bekas jurulatih kebangsaan mahu pemainnya mengekalkan prestasi terbaik mereka seperti mana tiga perlawanan lalu.

“Kedah juga bukan calang-calang pasukan untuk ditewaskan kerana prestasi mereka kian meningkat,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN