Pahang layan kunjungan Melaka di Piala FA

February 20, 2017

Tugas sukar menanti Pahang apabila akan melayan kunjungan pasukan yang sedang meningkat naik, Melaka United bagi saingan Pusingan ke-3 Piala FA dalam undian yang dijalankan secara langsung di Rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) di Seri Pentas semalam.

Sesi undian yang dikendalikan oleh Fizo Omar pada sesi akhir rancangan tersebut turut dibantu dua lagenda bolasepak negara iaitu bekas pemain Selangor dan Kebangsaan, Dato’ Sontokh Singh serta bekas Ketua Jurulatih Pahang dan Selangor, Zainal Abidin Hassan.

Pahang yang diundi pada kertas terakhir semasa sesi tersebut akan menjadi tuan rumah setelah menghuni kedudukan ke 13 manakala Melaka United di kedudukan ke14.

Perlawanan pusingan ke 3 ini akan dilangsungkan pada 11 Mac 2017 di Stadium Darulmakmur pada jam 9.00 mlm.

Selain Pahang – Melaka United, perlawanan lain yang mencuri tumpuan ialah Perak menentang Kedah di Ipoh serta pertemuan ‘adik beradik’ TTeam menentang Terengganu di Kuala Terengganu.

Juara bertahan, JDT I pula mendapat lawan mudah menentang UiTM FC dengan perlawanan dilangsung di Larkin.

Senarai penuh undian :

FA Cup 2017 3rd round

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS10)
Super League
Perak Stadium, IPOH

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN