Pahang lepasi halangan sukar ATM

March 5, 2018

Pahang menarik nafas lega apabila mara ke pusingan seterusnya Shopee Piala FA setelah melepasi halangan sukar untuk menang dengan keputusan 2-1 ke atas pasukan dari Piala FAM, Angkatan Tentera Malaysia dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Darulmakmur semalam.

Ketua Jurulatih Pahang, Dollah Salleh masih menurunkan pasukan utama bagi mencari momentum sebelum bertemu Negeri Sembilan pada 10 Mac nanti dengan menurunkan pasukan utamanya kecuali pemain import dari Kemboja, Chan Vathanaka digantikan dengan Norshahrul Idlan Talha berikutan peraturan baru Piala FA yang hanya membenarkan 4 pemain import beraksi dalam satu-satu perlawanan.

Pahang bermula garang sebaik sepak mula dilakukan melalui rangkaian penyerang Doe-Cruz manakala kubu pertahanan ATM lebih banyak bertahan dengan sekali sekala melancarkan serangan balas namun tidak memberi ancaman besar.

Gol yang dicari-cari muncul di minit ke 35 setelah Norshahrul melakukan rembatan leret menewaskan penjaga gol Safril Hafizzie setelah menghukum kegagalan pertahanan ATM mengeluarkan hantaran lintang daripada Faisal Rosli.

Kedudukan kekal dengan Pahang mendahului sehingga tamat separuh masa pertama.

Di babak kedua, ATM kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan melalui Zaironi Yusof pada minit ke 67 yang menyambung tandukan rakan sepasukannya hasil daripada sepakan sudut yang diambil Rafizol Roslan.

Tidak berputus asa, Pahang menggandakan asakan dan berjaya kembali mendahului pelawat melalui tandukan Safuwan Baharuddin setelah menerima hantaran Norazam Azih dari sepakan percuma di kiri pintu gol ATM dan keputusan kekal sehingga tamat 90 minit masa perlawanan.

Dengan keputusan ini, Pahang menyertai 15 pasukan lain yang mara ke pusingan ketiga dengan sesi undian akan dijalankan pada hari Selasa, 6 Mac 2018 jam 3 petang.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…