Pahang lonjak jadi pendahulu baru

August 12, 2018

Dua gol masing-masing oleh Muslim Ahmad dan Norshahrul Idlan Talha sudah cukup untuk Pahang mengalahkan Selangor Unifi Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Shah Alam pada malam tadi.

Gol-gol yang setiap satu dijaringkan di setiap babak membolehkan Pahang mengutip 3 mata penuh bagi mendahului Kumpulan D mengatasi Sabah dengan kelebihan jaringan setelah Sang Badak juga menang di Likas pada malam yang sama.

Penampilan pertama Afif dalam kesebelasan utama menarik perhatian untuk digandingkan semula dengan Muslim setelah disisihkan selama hampir 4 bulan akibat kecederaan sebelum ini.

Dollah Salleh yang dapat menggunakan kelima-lima pemain importnya setelah bebas kecederaan buat kali pertama mengambil keputusan untuk ‘mengorbankan’ Cruz setelah peraturan kejohanan yang membenarkan hanya 4 sahaja pemain import yang beraksi serentak dalam satu perlawanan.

Selangor yang kembali beraksi buat kali kedua di Shah Alam setelah disisihkan hampir dua musim bermula garang dengan mengasak Pahang bagi memburu gol awal bagi mengelak kekecewaan semasa menentang PKNP FC berulang.

Namun, Pahang yang mendahului setelah Muslim Ahmad melonjak tinggi menyambut sepakan percuma Norazam Azih untuk melakukan tandukan melepasi jangkauan Norazlan Razali untuk Pahang mendahului pada minit ke 29.

Pahang kemudiannya menambah jaringan setelah satu sepakan penjuru Norazam berjaya menemui Safuwan yang menanduk bola ke hadapan gawang Selangor yang mewujudkan suasana kelam kabut di situ dan akhirnya Norshahrul menyudahkan dengan melakukan tanpanan mudah ke dalam gol yang sudah terbuka.

Selangor yang tidak berputus asa cuba mencari gol namun kedudukan kekal sehingga wisel penamat ditiupkan oleh pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin.

Keputusan ini melebarkan rekod tanpa kalah Pahang di tangan Selangor sejak kali terakhir tewas 0-3 dalam saingan yang sama di pertandingan yang sama pada tahun 2016.

Selangor pula masih buntu mencari kemenangan pertama di Stadium Shah Alam setelah kembali ke kubu ‘asal’ apabila hampir 2 musim beraksi di venue lain kerana gagal mendapat persetujuan dari kerajaan negeri.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…