STADIUM Darul Makmur terus kebal dengan kejayaan Tok Gajah menundukkan PKNS FC,3-0 untuk meraih tiga mata penuh dalam aksi Liga Super 2017 di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu mengekalkan rekod tanpa kalah skuad kendalian Dollah Salleh di laman sendiri setakat ini sekaligus merampas kedudukan pendahulu liga setakat ini dengan 16 mata selepas tujuh perlawanan.

Pahang mendapat gol pembukaan menerusi pemain pertahanan Mohd Afif Amiruddin yang menanduk masuk ke dalam gawang lawan hasil sepakan penjuru oleh pemain tengah Joseph Kallang Tie pada m’12.

 

Seminit sebelum tamat separuh babak pertama permainan tamat cubaan penyerang tuan rumah,Matheus Alves berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol PKNS,Muhamad Nor Haziq.

Bersambung babak kedua permainan,Pahang terus melebarkan jurang apabila Alves menyempurnakan sepakan penalti pada m-57.

Tuan rumah terus selesa dengan gol ketiga pasukan menerusi pemain tengah Mohamad Ashari Shamsudin pada m-69.

Sebaliknya pelawat seakan buntu memecahkan gawang tuan rumah dengan kemantapan jentera pertahanan Pahang menyekat asakan PKNS.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan pengadil perlawanan Suhaizi Shukri.