Pahang pamer karekter tidak putus asa

April 15, 2019

Skuad Tok Gajah kali ini tidak mengulangi kesilapan mereka pada minggu lalu apabila menunjukkan karekter tidak mengalah untuk menang ke atas PKNS dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam semalam.

Gol jaringan Ze Love di separuh masa kedua sudah cukup untuk Pahang mengutip 3 mata penuh yang diburu untuk terus menghambat Johor DT di persada liga.

Tiada banyak pertukaran dilakukan oleh Dollah Salleh kecuali menyenaraikan kembali penyerang sensasi mereka Dickson Nwakaem ke kesebelasan utama kembali bergandingan dengan Ze Love.

Norshahrul Idlan Talha pula diletakkan di posisi Zuhair Aizat yang bermula dari bangku simpanan.

Pahang tidak menunggu lama untuk mengancam kubu PKNS FC melalui Dickson Nwakaeme di minit ke 7 tetapi hantarannya berjaya dipintas oleh Akram Mahinan.

PKNS FC sebaliknya yang menjaringkan gol pendahuluan setelah serangan balas pantas mereka melalui Kpah Sherman disudahkan oleh Chan Vathanaka untuk menewaskan Helmi Eliza di minit ke 13.

Pahang yang tersentak menggandakan asakan dan beberapa kali mengancam Zarif Irfan dan barisan pertahanan tetapi ketumpulan penyudah mengecewakan kem Pahang.

Akhirnya pada minit ke 24, Dickson Nwakaeme menunjukkan bisanya apabila tenang mengawal hantaran Sumareh sebelum mudah menolak bola ke gawang untuk gol penyamaan Pahang.

Babak kedua bersambung dengan Pahang terus melakukan serangan termasuk seawal minit ke 46 melalui Safuwan Baharuddin yang menyaksikan rembatannya dari luar kotak penalti terkena tiang walaupun Zarif sudahpun tertewas.

Pahang kemudiannya mengeluarkan Norshahrul dengan memasukkan Saddil Ramdhani dan selang 5 minit kemudian beliau terus memberi impak setelah hantaran lintangnya ditampan dahulu Goulon sebelum singgah di kaki Ze Love untuk mudah menolak masuk bola ke gawang.

Kedudukan kekal sehingga tamat perlawanan untuk menyaksikan Pahang kembali merapatkan jurang kepada 2 mata dengan Johor DT dan melebarkan 6 mata dengan pasukan di tangga ke 3 Kedah.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH