Pahang perit sebelum raih 3 mata berharga

March 8, 2019

Kegagalan menyempurnakan penalti, satu gol dibatalkan dan akhirnya satu gol dari pemain gantian antara drama yang mewarnai kemenangan Pahang ke atas Kedah dalam saingan Unifi Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Zuhair Aizat yang masuk menggantikan Mohamadou Sumareh di separuh masa kedua menggembirakan hampir 20 ribu penyokong tuan rumah apabila percubaannya terkena pertahanan Kedah dan kemudiannya masuk menerjah gawang.

Pahang pada kali ini kembali mendapat khidmat Harold Goulon dan Safuwan Baharudin yang selesai menjalani hukuman pergantungan perlawanan manakala Saddil Ramdhani pula kembali ke pilihan utama setelah hanya bermula di bangku simpanan semasa perlawanan di Manjung .

Muslim Ahmad buat kali kedua disisihkan kerana masih belum cergas menjadikan Bunyamin Umar pilihan Dollah Salleh sebagai pengganti manakala Dickson Nwakaeme sempat cergas untuk membentuk gandingan dengan Norshahrul Idlan Talha dibahagian serangan

Pahang sepatutnya mendahului pada minit ke 31 setelah memperolehi penalti kerana Dickson dijatuhkan tetapi Norshahrul yang mengambil sepakan tersebut gagal menewaskan Ifwat.

Peluang terbaik Kedah di separuh masa pertama melalui sepakan percuma Bauman di depan gol Pahang tetapi Helmi Eliza cemerlang menepis termasuk tindakan susulan Fernando selepas itu.

Pahang lebih menguasai perlawanan dengan melakukan serangan bertali arus melalui rangkaian penyerangnya Dickson Nwakeme dan Norshahrul Idlan Talha namun keputusan kekal tanpa jaringan hingga tamat separuh masa pertama.

Kedah bagaimanapun tidak mengalah dan kembali mengancam selepas rehat apabila berjaya mendapat beberapa peluang dari situasi bola mati yang mencemaskan pertahanan Pahang yang dikawal Helmi Eliza.

Pahang sepatutnya mendahului apabila Sumareh berjaya menanduk bola masuk menewaskan Ifwat namun dibatalkan pengadil kerana beliau terlebih dahulu dikesan melakukan kekasaran.

Stadium Darul Makmur kemudiannya kembali gamat apabila Zuhair Aizat yang berjaya memperdayakan Rizal Ghazali di kanan pintu gol Kedah kemudiannya melakukan hantaran ke depan gol tetapi bolanya terbias mengenai Khairul Helmi dan masuk ke dalam gol.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Pahang kembali menduduki tempat teratas liga buat seketika sebelum perlawanan lain akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS7)
9:00 pm
Super League
Tun Abdul Razak Stadium, JENGKA

Felda United vs Pahang

(FA2R)
9:00 pm
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

Pahang vs Persada Intergriti Bersatu FC