Pahang peroleh lesen AFC

August 31, 2017

Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) semalam telah menerima keputusan berkenaan permohonan perlesenan kelab dari Persatuan BolasepakMalaysia (FAM) bagi membolehkan Pahang FA menyertai mana-mana kejohanan yang dianjurkan FAM dan juga AFC pada tahun 2018.

hamidin bin hj mohd amin
Surat yang ditandatangani Setiausaha Agong FAM, Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin bertarikh 28 Ogos 2017 menyatakan kelulusan permohonan tersebut setelah melepasi syarat-syarat yag ditetapkan oleh FAM sebelum ini.

Bermula tahun 2018, kesemua kelab yang ingin beraksi di Liga Malaysia mahupun di peringkat Asia perlu memohon perlesenan kelab seperti yang disyaratkan dalam Peraturan Perlesenan Kelab 2017 yang digariskan FAM.

Perlesenan kelab merupakan salah satu langkah dalam menuju penswastaan kelab yang disasarkan oleh Football Malaysia Liability Limited Partnership (FMLLP) kepada kesemua pasukan yang akan bertanding di Liga Malaysia bagi menaikkan prestij dan nilai Liga itu sendiri.

Dengan kelulusan ini, Pahang layak untuk menyertai kesemua kejohanan Liga Malaysia pada tahun 2018 dan juga Play-off Liga Juara-Juara AFC 2018 atau Piala AFC 2018 jika layak secara merit.

Licence


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…