Pahang rampas takhta Liga Super

February 28, 2017

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Pahang merampas kedudukan pendahulu Liga Super selepas membenam PKNS FC 3-0 dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur, malam ini.

Pada ketika Kedah hanya akan turun beraksi menentang Se­langor di Selayang esok, Tok Gajah mengungguli carta dengan me­ngumpul 16 mata hasil lima kemenangan daripada tujuh perlawanan musim ini.

Kemenangan itu membolehkan Pahang mengekalkan rekod bersih di laman sendiri, berterima kasih kepada jaringan yang disempurnakan oleh Mohd. Afif Amiruddin, Matheus Alves Leandro dan Mohamad Ashari Samsudin.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-12, pemain pertahanan, Mohd. Afif berjaya meletakkan tuan rumah di depan, sebelum Leandro menggandakan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti pada minit ke-58.

Gol ketiga Pahang pula disudahkan oleh Ashari pada minit ke-70 selepas dia memanfaatkan hantaran Ahmad Syamim Yahya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN