Pahang sertai saingan empat penjuru di Terengganu

January 15, 2018

Skuad Liga Super Pahang meneruskan proses dalam mencari keserasian pemain apabila ke Kuala Terengganu untuk menyertai Piala Menteri Besar Terengganu yang akan berlangsung pada 15 hingga 20 Jan 2018 di Kuala Terengganu.

Pertandingan ini yang dijalankan secara round robin akan disertai oleh Pahang bersama tiga pasukan lain iaitu dua pasukan dari negeri tersebut Terengganu FC dan Terengganu FC II serta satu pasukan Liga Super, Melaka United.

Kejohanan ini menggunakan dua venue berbeza dan dijalankan secara serentak iaitu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus.

Pahang akan membuka tirai pertandingan dengan menentang Terengganu FC di Kuala Terengganu pada 15 Jan dan kemudiannya menentang  Melaka United di Kuala Nerus pada keesokan harinya.

Pada 17 Januari, Pahang akan kembali ke Stadium Sultan Mizan untuk menentang Terengganu FC II untuk perlawanan terakhir sebelum perlawanan akhir akan berlangsung di antara pasukan yang menduduki tangga pertama menentang pasukan yang menduduki tangga kedua pada 20 Januari.

Seperti ketika perlawanan pra musim di Thailand, kesemua pemain yang sama akan dibawa ke sana kecuali tiga pemain yang masih terlibat dengan Kejohanan AFC Bawah 23 tahun di China.

Kesemua perlawanan akan berlangsung jam 8.45 malam.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…