Pahang tempah laluan sukar

July 31, 2017

Laluan Pahang ke suku akhir TM Piala Malaysia 2017 tampak sukar apabila tewas tipis 1-2 dengan pasukan dari Liga Premier, Negeri Sembilan dalam perlawanan ke 4 peringkat kumpulan yang berlangsung di Paroi semalam..

Dua gol jaringan pasukan tuan rumah di separuh masa pertama meletakkan Pahang berkedudukan ketiga dalam kumpulan A setelah PKNP FC yang mendahului kumpulan ketika ini sudahpun layak ke suku akhir setelah menewaskan TTeam pada sebelah petang.

Terlebih dahulu, Pemangku Ketua Jurulatih Ahmad Shaharussin Rosdi merombak kembali kesebelasan utama yang mengalami kekalahan di tangan Pulau Pinang Rabu lepas dengan menyenaraikan kembali Jaewon yang cedera dan Matthew Davie yang digantung perlawanan.

Selain itu, Syamim dan Azraie kembali menjadi pilihan dengan Wan Zaharulnizam dan Helmi Eliza disisihkan di bangku simpanan.

Negeri Sembilan yang turun dengan hanya dua pemain import ermula garang dengan cuba mendapatkan gol awal dengan ketua pasukan mereka Andrew Lee Tuck menguasai bahagian tengah dan hasilnya mereka memperolehi gol pertama pada minit ke 10 setelah Farderin Kadir memperdayakan Jae Won untuk mudah menewaskan Azraie.

PM4 N9PAH 2

Pahang kemudiannya cuba kembali menguasai permainan dengan banyak melakukan serangan dia bahagian sayap melalui Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies tetapi masih gagal menemui jaringan pernyamaan.

Sebaliknya, Khairul Anwar menambah derita Pahang apbila menambah jurang gol pada minit 39 hasil satu bola lambungan menarik memperdayakan Azraie yang sudah keluar posisi untuk menjadikan kedudukan 2– sehingga tamat separuh masa kedua.

Pahang bermula di separuh masa kedua dengan mengeluarkan Syamim yang cedera dan juga Romero dan masing-masing digantikan dengan Joseph Kallang Tie dan juga Wan Zaharulnizam.

Pertukaran ini seolah-olah memberi nafas baru kepada Pahang yang semakin kerap melakukan asakan dengan Negeri Sembilan lebih banyak bertahan dengan sekali sekala mendapat peluang melalui serangan balas.

Usaha Pahang berbalas apabila Jaewon berjaya mendapat gol saguhati setelah menampan bola muntah penjaga gol Negeri Sembilan hasil tandukan Sumareh yang menyambut bola hasil sepakan sudut Joseph pada minit ke 82.

Namun, keputusan kekal 2-1 hingga tamat perlawanan untuk membolehkan Negeri Sembilan merampas kedudukan kedua di dalam kumpulan mengatasi Pahang dengan 3 mata manakala satu lagi pasukan TTeam FC kekal di tangga tercorot dengan mengumpul 2 mata.

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features