Pahang terpaksa lupakan Cruz

May 28, 2018

Oleh : Asrol Awang

PAHANG terpaksa melupakan khidmat Patrick Cruz dalam tempoh tiga minggu berikutan kecederaan ketika skuad itu mencatat kemenangan 4-0 ke atas Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, pemain berasal dari Brazil itu mengalami kecederaan paha kanan yang menyaksikan ia bakal terlepas aksi bertemu PKNP FC, 2 Jun ini.

“Jika dilihat tahap kecederaan itu, saya jangkakan Cruz hanya akan menyertai pasukan selepas Aidilfitri. Sudah tentu kami amat merasai ketiadannya dalam beberapa perlawanan.

“Sebagai bekas pemain, tempoh tiga minggu itu adalah tempoh Cruz pulih sepenuhnya dan diharap dia kembali bersama pasukan.

“Ketiadaan Cruz akan dirasai kerana Pahang akan berdepan cabaran selepas bertemu PKNP kerana pada perlawanan berikutnya, kami akan bertandang ke Larkin,” katanya.

Pada pertemuan dengan Kuala Lumpur, Cruz terpaksa dikeluarkan pada minit ke-17 selepas mengalami kecederaan dan digantikan R Kogileswaran.

Namun, ketiadaan pemain berumur 25 tahun itu tidak menjejaskan jentera serangan Pahang apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0.

Selepas 12 perlawanan, skuad Tok Gajah kini berada di kedudukan ketiga dengan mengutip 21 mata manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) masih kekal dipersada liga dengan 29 mata dan Perak pula kedua (23 mata).

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • MFL janji saingan Liga Malaysia 2019 lebih meriah

    Malaysia Football League (MFL) menjanjikan saingan yang lebih meriah dan menyeluruh untuk Liga Malaysia pada musim 2019 berikutan beberapa lagi

    Read More…

  • Sumareh kini pemain tempatan

    Penantian Sumareh untuk bergelar pemain tempatan berakhir apabila Malaysia Football League (MFL) kini meluluskan permohonan rayuan Pahang untuk menjadikan beliau

    Read More…

  • KL ujian pertama

    Skuad warga kota, Kuala Lumpur akan menjadi lawan pertama pasukan Pahang dalam saingan Liga Super untuk musim ini setelah jadual

    Read More…

  • Kena tunggu

    Pahang terpaksa menunggu selewat-lewatnya 16 Januari ini jika mahu mendaftarkan pemain naturalisasi Malaysia yang pertama Mohamadou Sumareh sebagai pemain tempatan

    Read More…

  • Bangkok sekali lagi jadi destinasi pra musim

    Sekali lagi seperti dua tahun sebelum, negara jiran Thailand menjadi pilihan untuk pasukan Liga Super Pahang menjadikan medan bagi mencari keserasian

    Read More…