Pahang terus buntu cari kemenangan

July 19, 2018

Kemenangan bagi memperolehi 3 mata penuh yang menjadi misi Pahang bagi terus memberi saingan untuk merebut tempat ke 2 dalam saingan Unifi Liga Super tidak kesampaian apabila diikat dengan keputusan 2-2 oleh Melaka United di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

Dollah Salleh yang kehilangan Sumareh kerana menjalani penggantungan mengambil langkah berani apabila memberi senarai kesebelasan utama pertama bagi pemain muda kelahiran Lipis bagi mengisi kekosongan tersebut.

Selain itu, tiada pertukaran lain yang dilakukan Dollah seperti ketika perlawanan menentang Perak dengan mengekalkan gandingan Issey dan Amutu untuk merobek gawang Melaka United yang kini dikawal penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.

Pemain import dari Singapura, Safuwan Baharuddin diberi sekali lagi kepercayaan untuk mengemudi bahagian pertahanan tengah bersama Bunyamin Umar berikutan kecederaan Muslim manakala Zubir mengisi tempat bek kiri menggantikan Faisal Rosli.

Kedua-dua pasukan yang mempunyai misi mahu menang tidak berlengah lagi dengan melakukan serangan dengan Pahang terlebih dahulu di depan setelah Issey berjaya menampan bola hantaran lintang Zuhair Aizat pada minit ke 8.

Melaka yang tidak terganggu dengan gol tersebut menjaringkan gol pernyamaan 7 minit kemudian melalui R Gopinathan yang menyambut bola hantaran Ifedayo untukmudah menewaskan Helmi di pintu gawang Pahang.

Gopi sekali lagi menjadi duri dalam daging kepada bekas pasukannya apabila berjaya memperdayakan pertahanan Pahang yang melakukan perangkap offside dengan melakukan larian solo setelah mendapat hantaran dari Ifedayo sekali lagi dan kemudiannya mengumpan bola ke Zubovich yang menolak bola ke gawang Pahang yang sudahpun ternganga.

Pahang yang tidak berputus asa berjaya juga menjaringkan gol pernyamaan oleh Amutu yang melakukan gerak badan mengelirukan pertahanan dan seterusnya merembat melepasi Khairul Fahmi Che Mat.

Separuh masa kedua, Pahang lebih menyerang dengan Melaka sekali sekala melakukan serangan balas dengan peluang terbaik adalah melalui pemain gantian Faisal Halim yang menghukum kealpaan Azmi Muslim dan Khairul Fahmi namun tindakan penyudahnya hanya melintasi pintu gol Melaka United.

Kedudukan kekal 2-2 sehingga tamat wisel permainan yang ditiupkan oleh pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria.

Keputusan ini membuatkan Pahang turun satu anak tangga ketinggalan 4 mata di belakang Perak manakala MElaka United di tangga ke tujuh dan sah kekal di Liga Super pada musim 2019.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features