Pahang terus hambat pendahulu liga

April 29, 2018

Pahang terus mengekalkan rentak kemenangan untuk menghambat Johor DT di tangga teratas liga apabila berjaya menundukkan pasukan pelawat Melaka United dengan jaringan 2-0 dalam saingan Unifi Liga Super Malaysia di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Satu gol penjaring hatrik semasa suku akhir Shopee Piala FA di Larkin tempoh hari, Patrick Cruz serta jaringan lewat permainan pemain gantian Faisal Halim sudah cukup untuk menggembirakan penyokong Pahang sekaligus mengutip 3 mata penting untuk terus kekal menduduki tangga kedua liga.

Sebelum itu, Dollah Salleh terpaksa merehatkan Ketua Pasukan, Matthew Davies akibat kurang cergas dan tempatnya digantikan oleh pemain muda Ashar Al Aafiz yang pertama kali disenaraikan sebagai kesebelasan utama dalam saingan Liga.

Melaka United bagaimanapun terlebih awal memberi ancaman melalui Fauzi Rozlan yang melakukan rembatan dari kiri gawang Pahang tetapi percubaannya hanya terkena tepi jaring.

Sehingga separuh masa pertama tamat  kedua-dua pasukan masih buntu menjaringkan gol walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dengan Melaka United lebih mendominasi permainan dan sering memperolehi peluang namun masih gagal menewaskan Helmi yang kekal utuh mempertahankan golnya dari dibolosi.

Sebaik sahaja kembali dari bilik persalinan, barulah Pahang mula memperolehi rentak dengan mencipta beberapa peluang namun masih gagal kerana kawalan ketat pertahanan Melaka terhadap rangkaian penyerang yang diketuai oleh Patrick Cruz.

Namun, Cruz akhirnya menggamatkan sorakan penyokong tuan rumah pada minit ke 71 apabila melakukan satu sepakan gunting cantik di dalam kotak penalti hasil hantaran Safuwan Baharuddin untuk memberi gol pendahuluan kepada pasukan Pahang menggamamkan Zamir yang hanya melihat bola itu masuk ke dalam gawang.

Pahang kemudiannya menambah jaringan setelah pemain gantian, Faisal Halim melakukan satu gerakan solo menewaskan beberapa pertahanan Melaka United sebelum merembat mudah menewaskan Zamir sekaligus mengesahkan 3 mata untuk Pahang.

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Amuk Pahang di Kuantan

    Rentetan kekalahan untuk kali ketiga Pahang berjaya dielakkan apabila membelasah Kuala Lumpur 4-0 dalam perlawanan ke-12 Unifi Liga Super Malaysia

    Read More…

  • Pahang hampa di Alor Setar

    Gol jaringan ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar serta pemain tengah import Liridon Krasniqi sudah cukup untuk  meranapkan hasrat Pahang untuk

    Read More…

  • Undilah Cruz dan Azam!

    Buat kali pertama pada musim ini, dua pemain Pahang menjadi pilihan panel pemilihan untuk dinobatkan Anugerah Pemain Terbaik PFAM-asiana.my untuk

    Read More…

  • Pahang dipaksa berkongsi mata dengan Kedah

    Misi Pahang mengekalkan kemenangan sebanyak 4 perlawanan berturut-turut tersekat apabila dipaksa seri 2-2 dengan pasukan Lang Merah, Kedah dengan pemain

    Read More…

  • PBNP ziarah keluarga arwah Pak Sheikh

    Pada 27 April lalu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) telah melakukan ziarah hormat kepada keluarga Sheikh Mahd Idris bin Sheikh

    Read More…