Pahang terus pimpin liga

February 10, 2019

Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

Pertembungan derbi yang dijangka sengit tampak tidak kesampaian apabila jaringan masing-masing oleh Dickson Nwakeme, Harold Goulon dan Norshahrul Idlan Talha sudah cukup untuk memberi Pahang 3 mata berharga.

Tidak merombak kesebelasan utama semasa menentang Kuala Lumpur, Dollah Salleh hanya membuat satu sahaja pertukaran iaitu merehatkan Helmi Eliza yang tidak cergas dengan Ramezey Che Ros di benteng terakhir pasukan.

Pahang mendahului pada minit ke 12 setelah Dickson Nwakaeme menambah koleksi golnya pada musim ini kepada 3 gol apabila pantas menyambut hantaran lintang Sumareh sebelum disambar penjaga gol Terengganu Wan Azraie.

Di separuh masa kedua, Terengganu merubah sedikit rentak perlawanan untuk mencari gol penyamaan namun ketumpulan penyerang mereka gagal merialisasi hasrat tersebut.

Sebaliknya, Pahang menambah gol kedua pada minit ke 52′ melalui pemain pertahanan dari Perancis, Harold Goulon yang menanduk bola hantaran dari sepakan penjuru Saddil Ramdani.

Nwakaeme menambah derita Terengganu di minit-minit terakhir perlawanan setelah larian solonya menewaskan beberapa pertahanan Terengganu sebelum memberikan bola kepada Norshahrul yang hanya menampan bola menerjah jaring.

Kemenangan ini melonjakkan kembali Pahang ke takhta liga mengatasi Johor DT dengan hanya perbezaan jaingan walaupun berkongsi mata yang sama.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH