Pahang teruskan momentum kemenangan

February 28, 2017

Pahang meneruskan momentum kemenangan dalam saingan Liga Super apabila menjadikan PKNS FC sebagai mangsa terbaru apabila menewaskan pasukan tersebut 3-0 di Stadium Darulmakmur malam Selasa.

Dollah Salleh sekali lagi menaruh kepercayaan kepada barisan yang sama ketika menentang Melaka United iaitu dengan menurunkan Joseph Kallang Tie di sayap dan juga Ashaari bergandingan dengan Matheus Alves.

Bermain di padang basah setelah hujan lebat yang turun pada sebelah petang, kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati dengan Pahang yang paling galak menyerang untuk mencari gol pendahuluan.

Hasilnya, Pahang mendahului hasil tandukan pemain pertahanan Afif Amiruddin pada minit ke12 setelah menyambut sepakan sudut yang diambil oleh Joseph Kallang Tie dan kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

26

Pada babak kedua, Pahang berjaya melebarkan kedudukan dengan menambah gol melalui sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Matheus Alves setelah Sumareh dijatuhkan oleh pemain pertahanan PKNS.

Ashaari Shamsuddin kemudiannya menambah derita anak-anak buah Elavarasan apabila menjaringkan gol ketiga perlawanan pada minit ke 70 sekaligus gol ketiganya musim ini melalui sepakan voli setelah menerima umpanan dari Syamim Yahya.

57

PKNS yang tersentak dengan jaringan menggandakan asakan untuk cuba mencari gol namun Pahang kental bertahan untuk kedudukan kekel 3-0 sehingga tamat masa perlawanan.

Kemenangan ini meletakkan Pahang di tangga taratas Liga Super berkelebihan 2 mata dihadapan Kedah sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam berikutan pasukan lain hanya bermain pada hari ini.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN