Pahang tiada masalah ke pusingan ketiga

April 4, 2019

PIB FC nyata bukan tandingan Pahang apabila skuad kendalian Dollah Salleh tanpa masalah menundukkan pasukan dari kelab dari Liga Perdana Selangor itu 4-0 dalam saingan Shopee Piala FA 2019 di Stadium Darul Makmur semalam.

3 jaringan di separuh masa pertama manakala 1 jaringan Faisal Halim di separuh masa kedua sudah cukup untuk membolehkan Pahang terus mara ke pusingan ketiga bagi meneruskan misi mempertahankan gelaran yang dimenangi pada musim lepas.

Tiada pertukaran besar dilakukan Dollah Salleh yang mengekalkan kesemua pemain yang beraksi ketika menang di Jengka Sabtu lepas kecuali menggantikan Faisal Halim dengan Sumareh manakala Dickson Nwakaeme, Saddil Ramdhani dan Norazam Azih disisihkan akibat kurang cergas.

Faisal Halim cuba mendapatkan bola dari kawalan pihak lawan

Pahang tidak menunggu lama untuk mendahului sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan oleh pengadil apabila Wan Zaharulnizam menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke 9.

Penyerang import Pahang dari Brazil, Ze Love menambah duka PIB FC selang 5 minit kemudian apabila melakukan rembatan dari bola tampanan penjaga gol pelawat, Izzat Rahim.

Safuwan menjaringkan gol ketiga Pahang dari sepakan percuma.

Pahang terus selesa di depan pada minit ke 27 setelah Safuwan Baharuddin menjaringkan gol ketiga hasil dari sepakan percuma dari dalam kotak penalti yang dianugerahkan pengadil setelah penjaga gol PIB FC menangkap bola hantaran pertahanan beliau sendiri.

Pahang kemudiannya mengendurkan asakan ketika masuk babak kedua namun masih berjaya menambah gol keempat hasil percubaan Faisal Halim yang berjaya meloloskan diri dari kawalan pertahanan PIB FC untuk menewaskan Izzat.

Lawan Pahang untuk pusingan ketiga akan dilakukan secara undian yang dijadualkan berlangsung pada hari ini (Khamis) manakala perlawanan pusingan ketiga akan berlangsung pada 16 dan 17 April ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS17)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(S1FA)
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN