Pasukan Liga M4 halangan Pahang

March 4, 2019

Pasukan dari Liga M4, Persada Integriti Bersatu FC (PIB FC) menjadi halangan Pahang dalam mempertahankan kejuaraan apabila diundi bertemu di peringkat pusingan kedua Shopee Piala FA 2019 dalam sesi undian yang dijalankan sebentar tadi.

Dalam undian yang disiarkan secara langsung secara strim di laman sosial MFL itu berlangsung di Empire Damansara dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingan serta wakil pasukan-pasukan yang bertanding.

Kesebelasan utama PIB FC semasa perlawanan pusingan pertama Shopee Piala FA menentang Real Chukai FC

PIB FC yang ditubuhkan pada 2009 merupakan Naib Juara Liga Juara-Juara Selangor pada 2017, Naib Juara Klang Valley League 2018 dan akan beraksi dalam Liga Perdana 3 FAS 2019.

Kejohanan Piala FA pada musim ini bukanlah penyertaan mereka yang pertama sebaliknya pernah beraksi pada musim lepas namun hanya sekadar di peringkat pusingan pertama apabila tewas ditangan Shahzan Muda 0-3 di Temerloh.

PIB FC mara ke pusingan kedua setelah menewaskan Ampang United di pusingan kelayakan dengan keputusan 5-0 dan di pusingan pertama mereka menewaskan Real Chukai FC dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan yang dijalankan di UPM Serdang.

Perlawanan Pusingan kedua dijadualkan berlangsung pada 2-3 April 2019 dengan venue pertandingan akan diumumkan kemudian.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS7)
9:00 pm
Super League
Tun Abdul Razak Stadium, JENGKA

Felda United vs Pahang

(FA2R)
9:00 pm
Shopee FA Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

Pahang vs Persada Intergriti Bersatu FC