PBNP serah sumbangan kepada keluarga penyokong meninggal dunia

March 19, 2018

Kemenangan Pahang semalam ke atas Kedah dalam saingan Shopee Piala FA 2018 pada Sabtu disambut dengan berita sedih apabila seorang penyokong meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Darul Makmur.

Azmi bin Mat, 64 rebah berhampiran tangga di bahagian pentas utama stadium ketika sedang menyaksikan perlawanan tersebut dan kemudiannya diberi rawatan kecemasan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

Berikutan itu, wakil dari Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) melawat keluarga arwah di Sri Damai Perdana pada hari semalam (Ahad) bagi menyampaikan sedikit sumbangan bagi pihak YAM Tuanku Presiden, Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Haji Ahmad Shah dan juga dari pasukan Pahang sendiri.

Sumbangan diserahkan kepada balu Allahyarham selepas selesai majlis pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Batu 8 sekitar jam 10 pagi.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu dan 7 orang anak merupakan penyokong tegar Pahang walaupun sendiri sebenarnya berasal dari Guar Cempedak , Kedah.


 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features