Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

January 28, 2019

Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat di Dewan Tun Abdul Razak, Temerloh.

Program yang bermula sejak 9 pagi dengan beberapa aktiviti sampingan di perkarangan Dewan bola sepak jalanan, timbang bola, permainan E-Sport serta Panna KO dan diikuti dengan program kemuncak pada jam 2.30 petang.

Upacara disempurnakan oleh Pegawai Daerah Temerloh, Dato’ Azlan Bin Mohd Yaman turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain serta exco-exco Persatuan Bolasepak Negeri Pahang.

Masih lagi Dollah Salleh sebagai Ketua Jurulatih, Pahang kali ini mengekalkan 100% pemain tempatan dari musim lepas dan hanya mengekalkan seorang pemain import iaitu Safuwan Baharuddin dari Singapura manakala Mohamadou Sumareh sudah mendapat taraf kerakyatan negara ini.

Menariknya pemain import yang digemari peminat pada tahun 2014-2015, Dickson Nwakaeme kembali menyarung jersi Pahang selain dengan penambahan 3 lagi pemain import baru iaitu Sadhil Ramdani dari Indonesia, Zer Erduardo (Brazil) serta Herold Goulun (Perancis)

Bagi membuka tirai Liga Super pada musim 2019, Pahang akan menentang Kuala Lumpur di Cheras yang dijadualkan berlangsung pada 1 Februari ini.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(PM4)
Malaysia Cup
Darul Makmur Stadium, KUANTAN

(PM5)
Malaysia Cup
Perak Stadium, IPOH