Pemain Tok Gajah masih goyah

March 13, 2017

KEJAYAAN Pahang melangkah ke suku akhir Piala FA sememangnya melegakan jurulatihnya, Dollah Salleh, namun mengakui masih banyak yang perlu ditingkatkan berikutan persembahan anak buahnya yang masih goyah.

Dollah berkata, penampilan anak buahnya ketika menewaskan Melaka United di Stadium Darul Makmur kemarin, serba tidak menjadi berbanding beberapa aksi mereka sebelum ini.

“Saya bersyukur kerana kami melangkah ke suku akhir dan keputusan yang dicatat memuaskan hati. Cuma Pahang mempamerkan corak permainan berbeza terutama pada babak kedua dan ini memberi Melaka United kesempatan untuk menyerang.

“Mujur mereka gagal menjaringkan gol, manakala kami pula hanya bangkit 10 minit terakhir,” katanya.

Pahang, juara dua kali Piala FA, menewaskan Melaka United 2-0 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan pemain import dari Korea Selatan, Heo Jaewon pada minit ke-15 dan Mohd Nor Azam Abdul Azih, empat minit sebelum permainan tamat.

Dollah juga berkata, beliau tidak begitu menghiraukan pasukan mana yang bakal dihadapi mereka di suku akhir nanti kerana apa yang lebih penting adalah prestasi pemainnya sendiri.

“Kami perlu bangkit semula untuk mendapatkan prestasi sebenar dan mengekalkannya…jika berjaya dikembalikan kami mampu memberi saingan sengit.

“Saya khuatir ada beberapa pemain kami tercedera, namun kami masih ada masa untuk menantikan mereka pulih,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS10)
Super League
Perak Stadium, IPOH

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN