Pemilihan Zon 1 berjalan lancar

September 18, 2017

Menyahut cabaran untuk berbakti pada pasukan negeri, seramai 200 pemain hadir dalam sesi pemilihan pemain untuk skuad Piala Presiden dan Piala Belia bagi 2018 pada hari Sabtu dan Ahad lepas yang dijalankan di Padang Majlis Daerah Pekan

Dijalankan sebanyak 3 sesi, pemilihan ini dilakukan secara serentak di padang berkenaan dengan pecahan yang hadir adalah 108 orang pemain untuk pemilihan skuad Piala Presiden manakala 165 orang lagi hadir untuk pemilihan Piala Belia.

Bagi Piala Presiden, pemilihan dikendalikan oleh bekas pemain Pahang yang juga pernah mengendalikan skuad Piala Presiden sehingga tahun 2015 iaitu Azaruddin Aziz dan bagi Piala Belia sesi pemilihan dikendalikan oleh Jurulatih Sekolah Sukan Malaysia, Gambang Saudara Zerry Nazeri.

Selection Z1 2

Sesi pemilihan seterusnya ialah di Zon 2 juga pada 23 September (Sabtu) dan 24 September (Ahad) di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, yang melibatkan para pemain di daerah Bera, Jerantut, Temerloh dan Maran.

Kesemua pemain yang berjaya dipilih akan dikumpulkan bersama pemain-pemain dari zon lain pada sesi pemilihan terakhir nanti pada waktu yang tempat yang akan diumumkan PBNP setelah selesai sesi pemilihan secara zonal.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features