Perlawanan JDT-Pahang ditunda lagi

June 4, 2018

Buat kali kedua, perlawanan Unifi Liga Super Malaysia di antara Johor DT dan Pahang yang dijadualkan berlangsung pada 6 Jun (Rabu) ditunda lagi ke tarikh baru seperti diumumkan pengendali liga, Malaysia Football League (MFL) melalui laman sosialnya sebentar tadi.

Tarikh baru bagi perlawanan ini adalah pada 8 Jun 2018 iaitu hari Jumaat dengan waktu sepak mula dan juga venue perlawanan tidak berubah.

Penundaan ini berikutan Majlis Pemakaman Bonda kepada Sultan Johor, Almarhumah Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang mangkat pada Jumaat lepas di Hospital King Edward ke VII di London.

Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor sebelum ini telah memaklumkan bahawa tiada sebarang acara bolasepak yang akan dilangsungkan di seluruh negeri Johor termasuk perlawanan bola sepak melibatkan pasukan negeri Johor pada hari majlis pemakaman.

Walaubagaimanapun, sehingga berita ini ditulis Majlis Pemakaman masih belum diumumkan lagi.

Penundaan ini juga bermakna perlawanan antara Pahang menentang Johor DT yang sepatutnya dilangsungkan pada 9 Jun di Kuantan juga akan ditunda ke hari Selasa, 12 Jun 2018.

Perlawanan Unifi Liga Super Malaysia antara Johor DT dan Pahang sepatutnya diadakan pada 30 Mac tetapi ditunda kerana memberi laluan kepada pasukan kebangsaan untuk mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Bhutan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved