Pertembungan di Ipoh dianjakkan sehari

September 21, 2017

Football Malaysia Limited Liability and Partnership (FMLLP) secara rasmi mengumumkan tarikh bagi perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia di antara Perak menentang Pahang di Stadium Perak, Ipoh dianjakkan sehari kepada hari Ahad 24 September 2017.

Ini adalah kerana permintaan dari pasukan tuan rumah yang pada mulanya memberi alasan tentang larangan Dewan Bandaraya Ipoh menggunakan padang di stadium itu selama dua hari berturut-turut kerana bagi menjaga kualiti padang  setelah satu lagi kelab dari Perak, PKNP juga mengunakan stadium tersebut untuk perlawanan mereka dalam peringkat yang sama

Dalam jadual awal yang dikeluarkan FMLLP sebelum perlawanan suku akhir pertama berlangsung,  perlawanan Perak menentang Pahang akan berlangsung pada hari Sabtu, 23 September manakala perlawanan PKNP menentang Felda United akan berlangsung pada hari Ahad, 24 September 2017.

Setelah menerima permintaan dari dua pasukan dari Perak itu dan mendapat persetujuan dari pasukan pelawat, FMLLP memutuskan perkara berikut :

1. Perlawanan PKNP FC menentang Felda United bertukar venue dari Stadium Perak ke Stadium Shah Alam. Tarikh dan masa tidak berubah.

2. Perlawanan Perak menentang Pahang bertukar tarikh dari Sabtu,23 September kepada Ahad, 24 September 2017. Venue perlawanan tidak berubah.

Penjelasan dan Kronologi dari FMLLP di Facebook

 

Kronologi FMLLP

 

 

 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features