Piala FA: Alves jadi pengacau

April 24, 2017

Oleh : Rizar Mohd Noor

JOHOR BAHRU: Dollah Salleh menyifatkan kemaraan Pahang ke separuh akhir Piala FA menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) 4-3 secara agregat malam tadi sebagai amat melegakan selepas corak permainan yang sepatutnya dipamerkan tidak menjadi.

Katanya, aksi babak pertama agak mengecewakan selepas pemain gagal menterjemahkan perancangan taktikal sehingga memberi ruang kepada pemain JDT menguasai permainan dan mampu menjaringkan dua gol.

“Mungkin pemain saya agak gementar dan akibatnya kerap melakukan kesilapan mudah.

“Namun ketika di bilik persalinan sebaik tamat babak pertama, saya mengingatkan mereka supaya bangkit dan lebih berdisplin kerana sepanjang babak pertama kita kerap bertahan dan agak sukar untuk menjaringkan gol.

“Pemain mula menggandakan asakan pada babak kedua.

Walaupun kami tidak banyak mencipta peluang tetapi dengan hanya satu peluang terbaik pada penghujung babak kedua, jaringan Mohamadou Sumareh berjaya memastikan kami melangkah ke separuh akhir,” katanya.

Dollah berkata, selepas JDT menjaringkan dua gol pada babak pertama, corak permainan pasukan itu tampak lebih banyak bertahan berbanding menjanakan gerakan berbahaya dan kesempatan itu digunakan untuk beri tekanan benteng skuad kendalian Benjamin Mora.

Beliau juga tidak menafikan betapa kelibat pemain import Mattheus Alves tidak menjadi dan terpaksa berlegar di posisi sayap selepas di posisi tengah jelas dikuasai pemain JDT yang mendominasi posisi itu.

“Saya mengarahkan Alves untuk kekal di posisi serangan supaya mengganggu benteng JDT dan menambah tekanan terhadap Marcos (Antonio) dan Mohd Fadhli Shas. Ia berkesan apabila benteng lawan mula goyah dan kesempatan itu digunakan Sumareh menjaringkan gol.

“Penampilan pertama Muhd Nurridzuan (Abu Hassan) yang dimasukkan pada pertengahan babak kedua tidak mengecewakan kerana dia belum cergas sepenuhnya.

Saya katakan kepadanya supaya guna pengalaman yang ada untuk beri persembahan terbaik,” kata Dollah.

Berita Asal


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Match

(LS10)
Super League
Perak Stadium, IPOH

(LS11)
Super League
Darul Makmur Stadium, KUANTAN