Piala KDYMM Sultan Pahang Edisi 2018 bermula hari ini

October 8, 2018

12 Pasukan yang mewakili setiap daerah di Pahang bakal berentap untuk merebut Piala KDYMM Sultan Pahang yang akan bermula selama dua minggu bermula pada petang ini.

Dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan pasukan tuan rumah akan mengetuai kumpulan masing-masing, dua daerah iaitu Bentong dan Muadzam Shah telah dipilih menjadi tuan rumah untuk saingan peringkat kumpulan yang  akan dijalankan dari 8 Oktober hingga 12 Oktober 2018.

Juara dan Naib Juara untuk setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir dengan perlawanan akan dilangsungkan secara timbal balik di daerah pasukan yang berjaya manakala perlawanan akhir akan dijalankan di Stadium Temerloh yang dijadualkan pada 21 atau 22 Oktober 2018.

Untuk edisi 2017, Jerantut muncul juara apabila menewaskan Temerloh dalam perlawanan yang terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti  setelah kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan dengan Jerantut menang 5-6.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features