Piala Suzuki AFF 2018 : 3 pemain Pahang kibar cabaran

November 4, 2018

Tiga pemain Pahang terpilih oleh negara masing-masing untuk mengibar cabaran pasukan kebangsaan mereka dalam aksi Piala Suzuki AFF 2018 yang akan bermula pada 8  November ini setelah pengumuman secara rasmi dibuat melalui laman web Persatuan Bolasepak masing-masing hari ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe pada hari ini mengeluarkan senarai akhir 24 pemain yang terpilih dengan dua pemain Pahang iaitu pemain penyerang, Norshahrul Idlan Talha atau Mat yo bersama pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh termasuk dalam senarai.

Foto : FAM

Ini adalah Kejohanan AFF yang kelima berturut-turut bagi Mat Yo sejak menyertainya bermula pada tahun 2010 yang menyaksikan Malaysia bergelar juara setelah menewaskan Indonesia dengan argregat 4-2.

Untuk Mohamadou Sumareh yang menjaringkan gol kedua dalam caps ketiganya bersama Malaysia pada perlawanan persahabatan menentang Maldives semalam, ini adalah penyertaan pertamanya setelah mendapat kewarganegaraan Malaysia pada awal tahun ini.

Foto : FAM

Namun begitu, nasib tidak menyelebahi pemain tengah Pahang, Norazam Azih yang tercicir setelah dikatakan mengalami kecederaan walaupun beraksi sepanjang separuh masa pertama dan berjaya mengemudi barisan tengah negara dengan baik pada perlawanan persahabatan semalam yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain itu, seorang lagi pemain Pahang iaitu pemain import kuota ASEAN dari Singapura Safuwan Baharuddin diumumkan juga dalam senarai akhir 24 pemain oleh Ketua Jurulatih Singapura, Fandi Ahmad bagi menghadapi kejohanan ini.

Grafik : Football Association Singapore

Seperti Mat Yo, ini adalah Kejohanan AFF ke lima bagi Safuwan sejak 2010 dan sepanjang beraksi bersama dengan pasukan kebangsaan Singapura beliau berjaya menjulang kejuaraan pada tahun 2012 setelah menewaskan Thailand dengan argregat 3-2.

Piala Suzuki AFF secara rasmi akan bermula pada 8 November inidengan tampil berformat baharu dalam saingan peringkat kumpulan iaitu tanpa tuan rumah bersama dengan menyaksikan setiap pasukan kali ini akan dapat beraksi dua perlawanan di tempat sendiri dan dua perlawanan di tempat lawan.

Perlawanan separuh akhir dijadualkan berlangsung pada 1 dan 2 Disember bagi aksi pertama dan pada 5 dan 6 Disember bagi aksi kedua manakala perlawanan akhir yang diadakan  secara timbal balik dijadual berlangsung pada 11 dan 15 Disember 2018.

Thailand menjuarai pada edisi 2016 menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-2 secara argregat.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features