Pindaan venue perlawanan PKNP-Pahang

May 30, 2018

Aksi perlawanan ke 13 Unifi Liga Super Malaysia di antara PKNP menentang Pahang yang sepatutnya dijadualkan pada 2 Jun 2018 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan di pindahkan ke venue lain seperti diumumkan oleh Malaysia Football League (MFL) di laman sosial Facebook mereka semalam.

Venue baru yang menjadi pilihan perlawanan tersebut ialah di Stadium Perak, Ipoh setelah stadium di Batu Kawan mengalami kerosakan lampu limpah sebelum perlawanan PKNP menentang Selangor pada 22 Mei lalu menyebabkan perlawanan tersebut gagal dilangsungkan.

Kerosakan ini juga menyebabkan beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan terutama melibatkan pasukan Pulau Pinang dan juga PKNP setelah tiada perlawanan di waktu petang dapat dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.

Walaubagaimanapun, tarikh dan masa perlawanan kekal pada tarikh 2 Jun 2018 dengan sepak mula akan berlangsung pada jam 10.00 malam.

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features

  • Pahang terus pimpin liga

    Pahang kembali merampas kedudukan teratas liga setelah menang bergaya dengan keputusan 3-0 kepada pasukan jiran Terengganu FC dalam saingan Liga Super malam tadi.

  • Tiket mula dijual esok

    Penjualan tiket bagi perlawanan pertama Liga Super di antara Pahang menentang Terengganu FC di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu akan dilakukan pada esok pagi.

  • Kim Swee panggil 3 pemain Pahang

    Ketua Jurulatih B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee mengumumkan 26 senarai pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad itu yang mana 3 daripadanya adalah dari pasukan Pahang.

  • Nwakaeme buktikan masih berbisa

    Dua jaringan ‘orang besi’ Dickson Nwakaeme sudah cukup untuk membuktikan bisanya masih belum hilang setelah membantu Pahang membenam cabaran Kuala

    Read More…

  • Pemain dan Jersi baru Pahang diperkenal

    Pasukan Pahang semalam mengadakan sesi memperkenalkan pemain dan juga jersi terbarunya jenama UMBRO dalam majlis penuh meriah dihadiri ribuan peminat

    Read More…

Copyright © 2015 Pahang FA. All Right Reserved