Pra Penjualan Jersi FILA Pahang 2018 kini dibuka!

January 9, 2018

Seperti biasa perkara yang ditunggu-tunggu oleh peminat setia Pahang sebelum musim bermula ialah penjualan jersi Pahang bagi musim tersebut dan kami ingin memberitahu anda berita baik bahawa pra jualan jersi 2018 kini dibuka kepada semua peminat.

Masih memakai jenama dari Itali iaitu FILA sebagai penaja, penjualan kali ini bermula pada hari semalam 8 Januari 2018 (Isnin) dan akan berakhir pada 17 Januari 2018.

Para peminat boleh melakukan pembelian di www.store.pahangfa.com iaitu merupakan laman web rasmi bagi penjualan cenderahati rasmi bagi Pahang FA dan boleh memilih untuk menuntut pembelian mereka semasa Majlis Pelancaran jersi tersebut yang bakal diadakan di Kuantan pada tarikh dan lokasi yang akan diumumkan kelak.

Bagi peminat yang memilih untuk menggunakan khidmat pos, mereka akan menerima barangan mereka beberapa selepas pelancaran tersebut.

Lebih istimewa, pembelian semasa pra jualan bukan sahaja menerima jersi FILA Pahang 2018 pilihan mereka malahan pembelian mereka akan diberikan dengan pembungkusan istimewa yang tidak akan boleh dapat diluar tempoh pra jualan secara percuma.


Comments

  1. Syahid bin shuid - January 14, 2018 at 7:56 pm

    I want

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features