Preview : Pahang lwn Sarawak (Liga Super)

September 19, 2017

{tab=Fakta Perlawanan}

Fakta Perlawanan


Pertandingan :
Liga Super
Tarikh :
 20 September 2017
Hari : Rabu
Masa : 9.00 malam
Tuan Rumah : Pahang 
Pelawat : Sarawak
Venue : Stadium Darulmakmur, KUANTAN
Siaran Langsung : TV3
Cuaca : Cerah, 24 ‘C

{tab=Rekod Pertemuan}

Rekod Pertemuan

Rekod Pertemuan 20 PHG SWK 01

{tab=Status Pemain}

Status Pemain

Cedera :

TIADA

Digantung :

TIADA

Kad Kuning :

[2xKad]

1. Wan Zaharulnizam
2. Faisal Rosli
3. Jae Won
4. Afif Amiruddin
5. Mohamadou Sumareh
6. Matheus Alves

[1xKad]

1. Norazam Azih
2. Matthew Davies
3. Fransisco Insa Bohigues
4. Syamim Yahya
5. Wan Azraie

{tab=Ulasan}

Ulasan


Turun pasukan kedua? Adakah pendekatan ini bakal menjadi pertaruhan Pemangku Jurulatih, Ahmad Shaharuddin Rosdi semasa pertemuan menentang Sarawak pada malam ini. 

Kelihatan ingin menumpukan lebih perhatian kepada saingan suku akhir menentang Perak pada hujung minggu ini, pemain seperti Faisal Halim, Dinesh, Kogileswaren dan juga Christie Jayaseelan dijangka diberi peluang beraksi untuk membukti kemampuan mereka. 

Rekod Sarawak yang tidak baik di Darulmakmur juga boleh dijadikan ukuran dengan ketidakstabilan pasukan pelawat ketika ini yang menghuni zon penyingkiran ketika ini.  

Misteri dibawah pengendali baru? Sarawak kehilangan Ketua Jurulatih mereka, David Yusup yang meletakkan jawatan setelah prestasi hambar sepanjang musim 2017 selepas perlawanan menentang Felda United sebelum ini.

Pengendali sementara, Pengiran Bala masih belum dapat menukar nasib pasukannya apabila hanya mencapai 3 kemenangan sepanjang mengambil alih pasukan.

Namun begitu, rekod tidak tewas dalam 3 perlawanan terakhir tidak harus dipandang enteng berikutan mereka juga mempunyai rehat yang cukup berbanding Pahang yang terpaksa bertarung di peringkat suku akhir pada Sabtu lepas.

Pertemuan sebelum ini? Pahang bertandang ke Kuching ketika itu apabila baru menewaskan TTeam di Kuantan dengan kemenangan besar 5-0. 

Tetapi Sarawak tetap liat dilaman sendiri apabila Pahang hanya berjaya menundukkan Skuad Bujang Senang dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Dike.

Keputusan perlawanan sebelum?

Pahang 3-1 Perak (TM Piala Malaysia)
Terengganu 3-3 Sarawak (TM Piala Malaysia)

{tab=Perlawanan Lain}

Perlawanan lain

 

Kedah lwn Felda United
Selangor lwn PKNS FC
Melaka United lwn Perak
P.Pinang lwn TTeam FC
Johor DT lwn Kelantan

{/tabs}


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

News & Features